Wednesday, June 30, 2010

Setahun yang lepas....

Nota buat Aisya...

Setahun yang lepas, pada pukul 12.00tgah hari Mama telah masuk ke wad bersalin menunggu masa Aisya dilahirkan and keluar dari rahim Mama...(pst: Uncle Ikmal sempat call Mama tanya pasal projek UTM)..Masa tu nurse dah start masukkan ubat gesa..

Nurse : sakit puan?
Mama : tak lagi...
Nurse : belum lagi..kejap lagi InsyaAllah...

Setahun yang lepas, pada pukul 12.30tgh hari air kutuban Mama dipecahkan oleh Dr.Fatimah..masa tu dah start sakit sikit2 tapi Mama still leh tahan...

Dr. Fatimah : Yatie ok..? sakit tak..?
Mama : sakit tapi ok lagi...
Dr. Fatimah : itulah saya tengok masih boleh senyum-senyum..

Setahun yang lepas, pada pukul 1.00petg Aisya sudah meronta-ronta nak keluar dari perut Mama dan pada masa tu Mama dah start sakit yang amat sangat sampai terpaksa minta ubat tahan sakit dari nurse bertugas...
(ha..tadi eksyen kata tak sakit..sekarang baru tahu sedapnya sakit tu....;p)

Setahun yang lepas, kul 1.40pm Aisya selamat dilahirkan dengan hanya satu PUSH... Alhamdulillah...Tq to Dr. Fatimah and nurses brtugas yang banyak bagi support kat Mama...

Setahun yang lepas, kul 5.00pm...Mama tengah menahan sakit bersalin lepas lahirkan Aisya..and pada masa yang sama Auntie Zai and Auntie Naz datang melawat Mama and Aisya di An Nur Bangi...(pst: Auntie Zai siap bawa cek untuk Mama sign sebelum Mama berangkat ke JB berpantang di sana...)

Setahun yang lepas buat pertama kalinya Mama dukung and bagi susu kat Aisya..rasa sangat berbaloi sakit yang tanggung semasa mengandungkan Aisya dan semasa melahirkan Aisya.. Tq sebab menemani Mama kemana sahaja Mama pergi selama 9bulan..(pst: Mama siap bawa Aisya ke Korea dan France tau...;p. kakak Alya aritu Mama sempat bawa ke jakarta aja...)

TQ Allah kerana Setahun yang lepas, Kau telah mengurniakan anak yang cukup comel, cantik dan bijaksana kepada kami... Semoga kami mampu menjaga amanah Mu ini dengan baik sehingga menjadi hambaMu yang soliha..Ameen....


Mama, Bapak dan kakak Alya sangat sayang kat Aisya... moga Aisya menjadi seorang hamba Allah yang soliha...InsyaAllah...

salam sayang,
Mama 30/06/2010